Jumat, 17 April 2020

Bilik nombor 8

 Koleksi Cerita Seram Misteri Bilik Nombor  Bilik nombor 8
 
 
Kisah seram ni berlaku tahun 2000.. Masa tu ada kursus dengan kawan² lain di sebuah Maktab Perguruan di utara tanah air.. Jadi masa daftar tu semua pelajar akan disebut nama, nama partner dia dan nombor bilik.. Maksudnya diorang dah pecah² la. So bercampurla sikit dengan budak² sekolah lain… Semua kawan² aku yg lain dah dapat bilik dan tiba giliran aku.. Dengan yakinnya aku dan kawan aku pun mencari² bilik masing².. Bilik dia nombor 6 dan bilik aku nombor 8.. Lepas kawan aku letak beg dia, dia ikut aku ke bilik aku pulak.. Terpana kami bila tengok bilik tu siap ada mangga lagi berkunci..
 

Lepas mengumam sesama sendiri kami buat keputusan ke bilik urusetia untuk pengesahan… Urusetia tu tanya… bilik nombor berapa.. Kami pun bagitau la.. Bilik nombor 8 tapi berkunci.. Urusetia tu dengan suara yang sangat mendatar jawab… Memang bilik nombor 8 tu kunci sebab tak boleh duduk… Bila check nama aku sekali lagi rupanya bilik aku nombor 11… Aku pandang muka kawan aku.. Dia pun pandang muka aku macam tak pecaya.. Memang kami berdua dengar bilik aku nombor 8 tadi.. Jadi dengan bingung² nya bawak beg masuk bilik nombor 11.. Lain sangat rasanya nombor 8 dengan 11.. Macam mana boleh dengar nombor 8 tu.. Kawan aku pun dengar yang sama..
Malam tu lepas Ice Breaking (pecah air batu) kami semua masuk tidur.. Roomate aku kata nak tidur bilik kawan dia jadi aku pun tumpangla tidur dengan kawan aku.. Masa tu dalam pukul 1 pagi, aku dan kawan aku tak boleh tidur… Yang roomate dia dah selamat belayar… Tiba² aku dengar bunyi macam bergaung… Sangat mengganggu.. Di ikuti bunyi ketukan pintu demi pintu bermula dari bilik hujung.. Ketukkan tu bukan macam ketukan biasa… Melurut dari atas ke bawah… Aku pandang muka kawan aku.. Aku tanya dia dengar tak? Dia angguk… Lega! Bukan lega apa.. Lega sebab bukan aku sorang je dengar.. Bunyi ketukan tu semakin lama semakin menghampiri… Kami berdua tengok roomate kawan aku relaks je dah lena….
Baca ayat Kursi pun dah lintang pukang.. Kami pejam mata rapat²… Sebab bunyi ketukan tu dah sampai bilik sebelah… Dalam hati aku berkata… “hang nak ketuk sampai pagi pun ketukla… Jangan buka pintu atau tunjuk muka hang dah”… Sampai kat pintu kami ketukan tu dirasakan sangat lama… Berulang² melurut² dari atas ke bawah.. Dan bunyi bergaung tu pun tak berenti² lagi.. Hampir pukul 3 baru berhenti…
Aku dengan kawan aku dah tak boleh lena… Bila dengar je azan Subuh kami terus lari pergi ke bilik kawan sorang lagi.. Tanya ada dengar bunyi ketuk pintu tak semalam… Diorang semua kata tak ada… Maknanya memang aku dan member aku yang pergi tegur bilik nombor 8 tu je la yang dengar… hmmm… Masa LDP pagi tu fasilitator tanya boleh tidur ke tak.. Sebab diorang pun ada yang terkena bilik panas… Banyak nyamuk katanya sampai terpaksa tumpang tidur ramai² bilik fasilitator lain.. Akhirnya sampai malam akhir kami tidur beramai².. Tapi Alhamdulilah tak ada gangguan…
Akibat dari kejadian tu hampir sebulan aku fobia tak boleh dengar orang ketuk pintu.. Kalau dengar je  jantung aku berdegup kencang… huhuhu… Pengajaran yang aku dapat.. Bila pergi tempat orang.. Kalau ada benda² pelik aku tak tegur dah… Itulah pengalaman pertama aku.. Sekian, terima kasih..

Koleksi Cerita Seram Misteri Bilik Nombor 8

Ambillah pengajaran daripada cerita seram yang aku buat dalam blog ni. Kita didunia bukan hidup sesama manusia sahaja. Malahan terdapat juga makhluk alam ghaib yang kita tak boleh nampak secara mata kasar. Hormatilah juga mereka. Bukan niat mereka pun nak mengganggu hidup kita secara sengaja.


Sumber