HANTU KUBUR
Kisah ini terjadi kepada seorang isteri...
Hantu memang wujud di dunia ini. Tapi tidak pernah ku duga aku akan berdepan dengan makhluk yang hodoh itu.
Ceritanya begini. Dalam awal 1970-an, aku dan suamiku telah berpindah ke rumah baru kami. Kedua-dua anak kami ditinggalkan di rumah ibuku, memandangkan kami suami isteri keluar berkerja setiap hari. Kali pertama kali bermalam di situ, suamiku telah bermimpi ketika pulang dari kerja dan membuka pintu rumah, dia terlihat di dalam rumah kami itu ada kubur cina yang masih baru, lengkap dengan bunga dan tanglong. Keesokan harinya, suamiku pun bertanyakan pada seorang kawan yang memang mahir dalam perkara-perkara yang aneh aneh. Kawannya menerangkan rumah kami itu bersententangan dengan sebuah bilik mayat dan tapak rumah kami itu adalah bekas tanah perkuburan cina.
Oleh kerana suamiku berkerja shift, aku sering tinggal sendirian di rumah. Selang beberapa minggu tinggal di situ, aku mulai merasa tidak sedap hati. Takut dan rasa seram sejuk barcampur baur apabila aku berseorangan di rumah. Kadangkala, apabila perasaan begitu terlalu kuat, aku akan ke rumah kakak iparku, dan suamiku akan menyongsongku ke sana. Kerap kali, semasa aku kesaorangan pada jauh malam menantikan kepulangan suami, aku merasakan seolah-olah suamiku membuka pintu rumah, mengangat kasut dan meletakkannya di dapur, lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami. Apabila aku membuka mata, beliau tidak ada. Setiap kali begitu, bulu romaku berdiri tegak.
Pada suatu malam, ketika suamiku berkerja, aku telah dikjutkan suatu suara halus dan sayup sekali kedengarannya. Di antara tidur dan jaga itu, aku terdengar suara halus seorang perempuan berkata, "Abang tak da ya..tinggal sorang ya!" lalu mengilai panjang. Apabila aku membuka mata, tercegat satu lembaga perempuan berdiri dekat tepi katilku sambil tersenyum melihatku. Wajahnya sungguh hodoh dan rambutnya panjang hingga mencecah lantai. Pakainya serba putih. Seluruh tubuhku menggigil, tetapi aku tidak dapat melarikan diri kerana pintu bilikku berada dibelakangnya.
Perlahan lahan aku menarik selimut sambil membaca ayat ayat kursi. Lembaga itu merenung tajam ke arahku dan begitu juga aku. Aku tak berani memejamkan mataku kerana khuatir kalau lembaga itu mencekik leherku. Mulutku tak henti henti membaca ayat ayat suci. Lama jugak lembaga itu memerhatikankku. Tetapi, beberapa minit kemudian dia berpusing dan menghilang ke bahagian dapur. Sejak malam itu, aku tidak berani lagi tidur seorang diri dirumah kami.